fbpx

Dua lelaki pakai cosplay, senjata api tiruan ditahan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang berpakaian cosplay dan membawa senjata api tiruan diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Damansara Jaya, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.30 petang mengenai dua lelaki berpakaian taktikal Let’s Anime Cosplay dengan lengkap bersenjata api tiruan.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan kedua-dua suspek tersebut.

“Pemeriksaan lanjut polis ke atas kedua-dua suspek berjaya merampas selaras senjata tiruan jenis M4, sepucuk pistol tiruan jenis Glock dan dua butir bom tangan tiruan.

“Semakan rekod lampau mendapati mereka tiada memiliki sebarang kesalahan jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Ku Mashariman, suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Sebelum ini, rakaman video tular mengenai seorang lelaki dipercayai peserta festival animasi membawa senjata di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles