fbpx

Teruk dihentam, Mat Kilau tetap Top 10 Netflix

FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusoff kini berada pada tangga teratas pilihan penonton di laman penstriman filem terkenal Netflix walaupun teruk dihentam.

Filem sejarah itu mendapat kutukan hebat penonton kerana dikatakan kurang bermutu, kamera bergoyang selain jalan cerita yang hambar.

Rata-rata pengguna media sosial turut melontar pandangan mereka masing-masing malah mereka turut akui filem epik sejarah tersebut adalah filem terhebat yang dihasilkan oleh pengarah tempatan.

Sebelum ini, sepanjang sebulan berada di pawagam, filem tersebut berjaya mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia iaitu hampir RM100 juta.

“Aku tak kisah, memang lah ada orang cakap Mat Kilau ni dapat pujian di pawagam lepas ada dekat TV ni lain jadinya.

“Terpulanglah itu semua pendapat ramai, tapi sehingga hari ini filem ni top 10 di Netflix, jadi apa bezanya dia di pawagam atau tidak, filem ini memang hebat,” jelas Daniel Karim.

Bagi seorang penonton dikenali sebagai Afyan mempersoalkan bagaimana filem berkenaan memperoleh kutipan hampir RM100 juta.

Katanya, skrip lemah kerana begitu banyak dialog umpama ceramah agama serta koreografi tunggang-langgang.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles