fbpx

JDT II dinobat juara Liga Perdana

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) II menjuarai Liga Perdana selepas menewaskan Selangor 2, 1-0 di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.

Menariknya, ia adalah Liga Perdana terakhir sebelum saingan itu ditangguhkan selepas penstrukturan baharu Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang menyaksikan hanya Liga Super akan dipertandingkan.

Dalam perlawanan tersebut, gol kemenangan JDT II diperoleh pada minit ke-49 menerusi Daryl Sham yang menanduk masuk bola hantaran Daniel Ting.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mariano Echeverria menamatkan saingan liga dengan mengumpul 42 mata keseluruhan.

Sementara itu, Kelantan FC terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles