fbpx

Singapura denda merokok di taman rekreasi awam, pantai

SINGAPURA – Bermula hari ini, orang ramai yang merokok di semua taman dan kebun awam, beberapa kawasan dekat air dan 10 pantai riadah boleh didenda sehingga SGD$1,000 (RM3,236).

Larangan merokok di lebih banyak tempat awam telah dilaksanakan sejak 1 Julai lalu dan sepanjang tempoh itu, perokok hanya diberi nasihat secara lisan.

Dengan berakhirnya tempoh nasihat itu hari ini, mereka yang merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda SGD$200 (RM647) hingga SGD$1,000 (RM3,236) jika didakwa dan didapati bersalah di mahkamah.

Untuk membolehkan perokok menyesuaikan diri juga, ruang merokok yang khusus disediakan di 12 taman termasuk Taman East Coast dan Taman Bishan-Ang Mo Kio serta Pantai Palawan, Siloso dan Tanjong, menurut agensi itu.

Selain itu, kain rentang, poster dan tanda ‘No Smoking By Law’ (Tidak Dibenarkan Merokok Mengikut Undang-Undang) juga dipasang di lokasi bebas rokok yang baru itu sebagai peringatan buat orang ramai.

Orang ramai kini dilarang merokok di lebih 49,000 tempat, baik di luar mahupun di dalam premis tertutup.

Sepanjang pertengahan pertama tahun ini, sekitar 7,400 saman dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat terlarang, menurut agensi itu.

Sebelum merokok dilarang di lebih banyak tempat, larangan merokok di Singapura hanya dikenakan di tempat seperti taman kejiranan di estet perumahan swasta dan awam, kolam air serta hutan simpanan.

Orang ramai juga dilarang merokok di laluan pejalan kaki yang tertutup, kawasan dalam jarak lima meter dari perhentian bas serta kolong blok.

Tindakan denda itu sebagai sebahagian usaha menghapuskan tabiat buruk berkenaan dan melindungi Singapura daripada kesan bahaya asap rokok kedua atau ‘second-hand smoke’ yang dihembus perokok. – AGENSI

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles