fbpx

Roti emas popular di Jepun

TOKYO – Roti berbentuk duit syiling 10 yen (30 sen) kini popular di Tokyo, Jepun.

Trend makanan baharu menarik tumpuan ramai penduduk di ibu negara Jepun, Tokyo berupa roti berbentuk duit syiling 10 yen.

Lebih menyeronokkan, keju yang dimakan boleh ditarik panjang seperti roti corn dog dari Korea Selatan.

Laman berita Sora News melaporkan, makanan baharu itu memikat selera ramai dengan dohnya ranggup, rasa manis dan kenyal selain rasa keju di tengah roti. 

Makanan itu pada asalnya popular di Korea Selatan yang dipanggil ‘Roti Emas 10-won’.

Roti itu dijual di Jepun pada harga 500 yen (RM16) sejak awal bulan ini.

Sejak itu, ia mendapat sambutan ramai walaupun ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding di Korea Selatan iaitu sekitar 300 yen (RM9.60). – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles