Bukit Aman nafi keluar amaran culik, jual organ kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Bukit Aman menafikan pihaknya mengeluarkan amaran berhubung kegiatan penculikan kanak-kanak menggunakan dua van putih untuk penjualan organ sepertimana tular di media sosial hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata mesej bertajuk ‘Amaran Kepada Semua Ibu Bapa dan Penjaga, Harga Organ di Malaysia’ dikesan dengan menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati.

“Mesej itu juga mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan dua kenderaan berwarna putih yang dikatakan terbabit dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ, terutama kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

“PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran seperti mana mesej yang tular itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan diterima khususnya membabitkan dua kenderaan yang dimaksudkan dalam mesej palsu yang tular itu.

“Kita mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian mengenai sebarang hantaran atau mesej di media sosial tanpa menyemak kesahihannya,” katanya.

Menerusi mesej yang tular itu, terdapat senarai kadar harga organ kononnya berharga antara RM10,000 hingga RM800,000.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles