fbpx

Kanak-kanak maut dipercayai didera pengasuh

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan, maut dipercayai akibat didera di bawah jagaan pengasuh yang merupakan kenalan bapa mangsa.

Suspek diupah menjaga dua anak mangsa iaitu kanak-kanak yang meninggal dunia itu serta adik perempuannya yang berusia setahun, dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Lelaki berkenaan berusia 28 tahun dan pembantu rumah wanita yang juga warga asing berusia 40 tahun sudah ditahan di kediaman lelaki itu di Taman Mutiara Emas, Skudai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kenalan berkata, bapa mangsa mengupah suspek lelaki itu yang juga seorang peniaga untuk menjaga dua anaknya sejak tiga bulan lalu kerana mereka bekerja di luar daerah.

Katanya, bapa mangsa bekerja di Singapura manakala isterinya pula bekerja di sektor swasta di Yong Peng, Batu Pahat.

“Bapa mangsa bergegas pulang apabila suspek menghubunginya dan memaklumkan anak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan meninggal dunia di bawah jagaannya, malam kelmarin.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum sepasukan polis menyerbu rumah suspek. Hasil siasatan lanjut, rakan lelaki bapa mangsa juga turut ditahan malam ini.

“Pemeriksaan awal terhadap tubuh kanak-kanak lelaki itu mendapati ada kesan lebam. Mayat kanak-kanak itu akan menjalani bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Katanya, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah suspek selain merampas beberapa barang kes bagi siasatan lanjut.

Tambahnya, hasil pemeriksaan polis mendapati suspek lelaki turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan direman esok dan disiasat kerana membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles