fbpx

Kes dera kanak-kanak: Jurujual, pembantu rumah direman

JOHOR BAHRU – Seorang jurujual kenderaan dan seorang pembantu rumah dipercayai terlibat mendera seorang kanak-kanak tiga tahun sembilan bulan hingga mati kelmarin, direman selama tujuh hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak lelaki terbabit maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan pengasuh yang juga kenalan bapanya serta pembantu rumah lelaki itu, kelmarin.

Pembantu rumah wanita warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan kelmarin, manakala suspek berusia 28 tahun ditahan di Skudai, di sini, semalam.

Pemeriksaan awal terhadap tubuh kanak-kanak lelaki itu mendapati terdapat kesan lebam.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles