fbpx

34 maut termasuk 23 kanak-kanak dalam tembakan besar-besaran di Thailand

BANGKOK – Seramai 23 kanak-kanak daripada 34 yang maut dalam serangan membabitkan seorang bekas pegawai polis bersenjatakan senapang patah dan pisau di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand, semalam.

Mangsa juga melibatkan golongan dewasa di pusat jagaan kanak-kanak tersebut. 

Penyerang terbabit melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lam Phu kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum melarikan diri dengan menaiki kenderaan.

Penyerang terbabit kemudian dilapor membunuh diri, kata polis.

Seorang wanita dipaksa ditenangkan dalam kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Timur Laut Thailand semalam.

Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya, mengenal pasti suspek sebagai Panya Khamrab, seorang Leftenan Kolonel polis yang didakwa dipecat kerana menggunakan dadah, tahun lalu.

Jakkapat berkata, seramai 23 kanak-kanak yang maut itu berusia antara dua hingga tiga tahun.

Kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku, walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang tinggi.

Namun, menurut Bangkok Post, terdapat sekurang-kurangnya dua lagi kes tembakan membabitkan tentera yang masih dalam perkhidmatan, tahun lalu.

Pada 2020, seorang tentera dilapor menembak mati 29 orang dan mencederakan ramai mangsa dalam kejadian amuk 17 jam sebelum dia ditembak mati oleh komando dengan ia menjadi insiden paling mengerikan di Thailand sejak beberapa tahun lalu.

Tembakan beramai-ramai itu dikaitkan dengan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata, Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma dan seorang pegawai kanan dengan pegawai kanan tentera bersusah payah untuk menggambarkan pembunuh itu sebagai tentera penyangak. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles