fbpx

12 pelajar sekolah, pemandu cedera van terbabas

SEPANG – Seramai 12 pelajar sekolah dan pemandu cedera apabila van sekolah dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van membawa 12 penumpang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dari arah Kajang menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata susulan kejadian itu, pemandu dan pelajar berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pemandu patah kaki kiri, manakala dua pelajar perempuan masing-masing berusia lapan tahun menerima rawatan di zon merah Unit Kecemasan hospital berkenaan.

“Empat lagi murid berusia lapan hingga 12 tahun pula dirawat di zon kuning Unit Kecemasan hospital terbabit.

“Enam pelajar berusia antara sembilan hingga 16 tahun menerima rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles