fbpx

Polis tahan bapa, kes bayi tiga bulan maut

ALOR SETAR – Polis menahan bapa kepada bayi lelaki berusia tiga bulan yang ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, di sini semalam.

Lelaki berkenaan dipercayai seorang penagih dadah memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Lintang, Teluk Jawa, Mukim Padang Hang pada jam 1.50 tengah hari.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai suspek utama kes itu.

“Hasil ujian saringan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dipercayai dibunuh bapa selepas ibunya melarikan diri kerana tidak tahan dipukul suaminya itu yang juga penagih dadah pada 4 Oktober lalu.

Difahamkan, hasil siasatan awal polis mendapati, suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles