fbpx

SPR umum tarikh PRU15 pada 20 Oktober

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 20 Oktober ini.

Sejurus selepas mesyuarat itu, satu sidang media akan diadakan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas itu juga akan membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

“Mesyuarat khas itu akan diadakan pada 20 Oktober ini bersamaan hari Khamis pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles