fbpx

Maut rempuh jentera pembajak sawah

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh jentera pembajak sawah di Kampung Tebuk Rima, Semanggol, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd Arshad, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Abu Samah Hashim, 46, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss cedera parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari arah Semanggol menuju Kampung Tengah, Selinsing.

“Semasa melalui jalan tar mini di kampung itu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh tayar belakang bahagian kanan jentera jenis pembajak dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun.

“Mangsa berasal dari Kampung Tengah di Selinsing, dekat sini, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami,” katanya melalui kenyataan.

Mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles