fbpx

17 maut bas terbakar di Pakistan

KARACHI – Sekurang-kurangnya 17 mangsa selepas bas yang dinaiki terbakar, di selatan Pakistan semalam.

Tragedi itu berlaku di lebuh raya M-9 yang menghubungkan bandar pelabuhan Karachi dengan bandar Hyderabad dan Jamshoro di wilayah Sindh.

“Setakat ini, 17 penumpang maut dalam kemalangan itu manakala 10 yang cedera dirawat oleh pasukan penyelamat,” kata Setiausaha Kesihatan Parlimen, Siraj Qasim Soomro kepada pemberita.

Difahamkan, kira-kira 35 orang menaiki bas berkenaan termasuk kanak-kanak, yang dikhususkan bagi membawa pulang mangsa banjir kembali ke kampung halaman selepas air surut.

“Mereka yang menaiki bas adalah mangsa terjejas akibat banjir yang berpindah ke suatu tempat di luar lebuh raya dan mereka dalam perjalanan pulang ke daerah Dadu,” kata Pesuruhjaya Daerah Jamshoro, Asif Jameel, kepada Reuters.

Kata Jameel, mereka menggunakan pengangkutan persendirian untuk tujuan itu dan daerah Dadu adalah antara yang paling teruk dilanda banjir di wilayah Sindh.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca kebakaran itu tetapi polis berkata, kebakaran bermula di bahagian belakang bas sebelum menyambar keseluruhan kenderaan itu.

Ia menyebabkan beberapa penumpang melompat keluar dari bas untuk menyelamatkan diri dari api yang pantas marak itu.- REUTERS

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles