fbpx

Bau masakan masuk bilik, abang pukul adik perempuan hingga patah gigi

KAJANG – Seorang abang sanggup memukul adik perempuannya sehingga patah gigi gara-gara bau masakan masuk ke biliknya dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 11 malam berlaku ketika mangsa berumur 24 tahun itu sedang memasak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek mendakwa bau dan wap masakan telah masuk ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan dapur.

“Suspek telah keluar dari bilik dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu dengan kuat sambil memaki hamun mangsa

“Susulan itu berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, suspek kemudian bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan dan mengalami patah gigi hadapan akibat ditumbuk oleh suspek,” katanya.

Menurutnya, laporan dibuat mangsa kemudian membawa kepada penangkapan mangsa yang berumur 31 tahun itu.

“Suspek diberkas kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang.

“Suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles