DUN Perak bubar hari ini

TAPAH – Dewan Undangan Negeri (DUN) bubar berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembubaran tersebut selepas mendapat warkah pengisytiharan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam yang memberi perkenan untuk membubarkan DUN, selaras dengan Perkara 32(2), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

“Pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, di sini hari ini.

Perak mengikut jejak dua lagi negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN), iaitu Perlis dan Pahang yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

DUN Perak terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, DAP (15), Amanah (lima), BERSATU (empat), masing-masing tiga PAS, PKR dan PBM manakala satu Bebas.

Dilapor, pada Rabu, Saarani kali pertama menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Saarani turut menyembah maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRU-15 diadakan serentak.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles