fbpx

141 korban jambatan gantung runtuh di Gujarat, India

NEW DELHI – Bilangan mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Gujarat, di barat India semalam, meningkat kepada 141 orang.

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih bertungkus-lumus mengesan mangsa yang hilang di sungai Machchhu di bandar Morbi, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat Ahmedabad, bandar utama di Gujarat.

Kira-kira 400 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, berada di jambatan gantung sepanjang 233 meter dan 1.5 meter lebar itu dibina pada 1880 oleh penjajah British, menggunakan bahan yang diimport dari England, petang semalam.

Lebih 170 orang sudah diselamatkan pasukan keselamatan menurut laporan media tempatan.

“Operasi menyelamat berada di peringkat terakhir di sungai Machchhu. Ia akan berakhir tidak lama lagi,” kata Menteri Dalam Negeri Gujarat Harsh Sanghavi dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, tempat pelancongan tempatan, dibuka semula pada 26 Oktober selepas tujuh bulan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles