fbpx

Twitter akan caj pengguna AS$20 sebulan

MOSCOW – Pengguna Twitter bakal dikenakan bayaran AS$20 (RM94.40) sebulan sebagai pengesahan.

Rancangan itu sebahagian daripada pelan baik pulih diumumkan Elon Musk, lapor Sputnik semalam, memetik media tempatan.

Pekerja yang terbabit dalam projek itu dimaklumkan kelmarin bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 November ini atau mereka akan kehilangan pekerjaan, lapor Verge.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion (RM208 bilion) pada Jumaat lalu, disusuli ciapan beliau kelmarin menyatakan ‘keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak’.

Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 RM23.60) sebulan manakala ciri baharu yang dbakal diperkenalkan, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 atau RM94.40 sebulan, lapor Verge.

Dalam perkembangan lain, aplikasi media sosial, Instagram, dilaporkan terhenti seketika semalam apabila sebilangan besar pengguna melaporkan akaun mereka dikunci.

Memetik laporan Independent, rata-rata pengguna tidak boleh mengakses akaun dan menerima mesej akaun mereka digantung, difahamkan akibat masalah teknikal yang dialami Instagram.

Isu itu menyebabkan pengguna keliru kerana aplikasi itu memaklumkan mereka melanggar peraturan dan akaun tidak dapat lagi diakses.

Menerusi Twitter, Instagram memaklumkan sedar mengenai isu berkenaan, namun tidak mengulas lanjut mengenai isu penggantungan akaun pengguna, yang difahamkan ia ada kaitan dengan kepincangan (bug).

Pihak Instagram juga tidak memberikan sebarang maklumat sama ada isu itu dapat diselesaikan segera. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles