fbpx

Tradegi Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada terkorban

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea Sabtu lalu.

Namun, terdapat seorang warganegara yang dilaporkan cedera telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi rakyat Malaysia itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Selain itu, pihak Kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudah cara urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapa beliau ke Korea Selatan.

Kedutaan dalam pada masa sama akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077 8600, +82 010 8974 8699 atau e-mel kepada mweoul@kln.gov.my.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles