fbpx

Bekas PM Pakistan, Imran Khan, penyokong cedera ditembak

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan beberapa penyokongnya hari ini cedera ringan selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah trak kontena yang dinaiknya, kata seorang pemimpin kanan parti itu dan polis.

Serangan yang berlaku di daerah Wazirabad di wilayah Punjab timur menyebabkan Imran cedera di kaki, namun tidak serius.

Imran dalam perjalanan dalam konvoi trak dan kereta yang besar menuju ibu negara, Islamabad, sebagai sebahagian daripada kempennya bagi memaksa kerajaan mengadakan pilihan raya awal.

Susulan itu, Imran kelihatan memakai balutan pada kakinya sebelum berpindah ke kenderaan lain.

Pengumuman dibuat menyatakan dia selamat selain sebahagian penyokong partinya, Tehreek-e-Insaf juga cedera.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas Imran memulakan perarakannya dari Lahore, ibu negara Punjab, bersama ribuan penyokongnya.

Sejak penyingkirannya dalam undi tidak percaya di Parlimen April lalu, Imran mendakwa bahawa penyingkirannya adalah satu konspirasi yang digerakkan penggantinya, Perdana Menteri, Shahbaz Sharif dan Amerika Syarikat (AS).

Bagainapun, dakwaan itu dinafikan Shahbaz dan Washington. – AP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles