fbpx

2 anak Malaysia wakil negara di Piala Dunia Qatar

MALAYSIA mempunyai wakil di Piala Dunia Qatar 2022 menerusi dua anak kelahiran Pulau Pinang, Subkhiddin Mohd Salleh dan Christopher Raj.

Subkhiddin yang juga bekas pengadil kebangsaan dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berperanan dalam urusan kepengadilan bagi acara bola sepak tertinggi dunia itu.

Ia adalah kali keempat beliau bertugas di pentas Piala Dunia selepas ditugaskan buat kali pertama selaku pegawai keempat di Afrika Selatan pada 2010 sebelum Piala Dunia Brazil 2014 dan Russia 2018 sebagai instruktur teknikal pengadil.

Christopher pula akan bertugas selaku pegawai media dan tugasan sulungnya akan bermula pada aksi membabitkan pertemuan Switzerland dan Cameroon di Stadium Al Janoub bagi perlawanan pembukaan Kumpulan G.

Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam FAM itu pernah terpilih untuk bertugas selaku pegawai media untuk Piala Dunia Russia 2018.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas di beberapa kejohanan lain termasuk Piala Dunia B-17 India (2017) dan Piala Asia di Australia 2015 Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF 2019, Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022.

Bagi Piala Dunia kali ini, ia juga menjadi tugasan kedua buat beliau bersama Subkhiddin selepas turut terbabit pada Piala Dunia Russia 2018.

Mereka dijadualkan berlepas ke Qatar pada 10 November dan akan pulang ke tanah air selepas tamat kejohanan Piala Dunia.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles