fbpx

Cuaca buruk diramal sehingga awal pagi ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1 pagi ini.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Turut diramalkan mengalami cuaca buruk bagi tempoh sama daerah Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub. Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai. Sarawak di Kuching, Samarahan, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan malam ini. 

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles