fbpx

JPS keluar notis risiko banjir di 6 negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan yang meramalkan kemungkinan banjir di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Sarawak jika hujan lebat berterusan.

JPS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kawasan yang mungkin terjejas di Pulau Pinang adalah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Seberang Perai Utara:

*Kampung Merbau Kudung

*Taman Desa Murni

*Kampung Nyiur Sebatang

*Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Tamil (SRJK(T) Mak Mandin

*Sekolah Kebangsaan Mak Mandin; Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin

*Kampung Tok Jawa; Kampung Baru; Kampung Labuh Banting; Kampung Telok

*Kampung Alor Merah; Kampung Manggis, Kampung Maklom; Kampung Lahar Yooi

Seberang Perai Tengah:

*Kampung Labuh Banting; Kampung Kota; Kampung Kubu; Kampung Guar Jering

*Kampung Terus; Kampung Pertama; Kampung Kubang Semang; Taman Siakap

*Taman Makok; Taman Tembikai (Taman Mutiara); Taman Sri Rambai; Taman Belimbing

*Taman Janggus; Kampung Permatang Rawa; Taman Guru; Kampung Tanah Liat

*Kampung Permatang Ara; Kampung Baru Alma; Kampung Alma; Taman Alma

*Taman Permai Jaya; Kampung Kijang; Taman Nangka; Kampung Kebun Sireh

*Kampung Siam; Taman Binjai; Kampung Kebun Nenas; Jalan Tembikai

*Taman Cempedak; Taman Mangga; Kampung Juru; Taman Pinang; Taman Sentul

*Taman Sentul Jaya; Kampung Tok Panjang; Kampung Tok Subuh; Taman Sukun

*Taman Amra; Taman Murni; Kampung Sungai Permatang Rawa; Taman Desa Damai

Seberang Perai Selatan:

*Kampung Masjid Timur Laut Pulau Pinang – Georgetown dan sekitar

Lembah Klang:

Petaling

* Kampung Tengah A; Kampung Kuala Sungai Baru; Kampung Bersatu Batu 13

*Kampung Melayu Subang; TTDI Jaya; Kampung Aman Bestari; Kampung Sri Aman Berkat

*Kampung Bukit Lanchong; KTM Batu 3; Seksyen 13 Shah Alam; Kampung Kenangan Puchong

*Taman Mesra, Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam; Lebuhraya BESRAYA

*Kompleks Jabatan Pertanian Serdang; Sri Kembangan

Klang

*Kampung Delek; Jalan Kebun Nenas; Kampung Jawa; Taman Melawis; Teluk Pulai

*Taman Petaling; Taman Sentosa; Taman Saujana; Taman Rashna; Kampung Bukit Naga

* Batu 8; Jalan Bukit Kemuning; Pandamaran dan sekitar.

Kuala Lumpur

*Bulatan Dato Onn – Bank Rakyat; Jalan Chow Sow Lin; Pekan Salak Selatan

*Razak Mansion; Jalan Loke Yew; Jalan Raja Chulan; Jalan Sultan Ismail; Jalan Pudu

*Jalan Tun Perak; Masjid Jamek; Universiti Malaya; Kampung Pantai Dalam

*Jalan Dang Wangi; Jalan Maarof; Jalan Kia Peng; Jalan Leboh Pasar dan sekitar

Kuantan (Pahang)

*Kampung Cherating; Taman Balok Damai dan sekitar

Temerloh:

*Kampung Pangkalan Manggis; Kampung Loyang, pusat bandar Temerloh dan sekitar

Sarawak

*Pusat bandar raya Kuching dan sekitar

*Samarahan – *Kampung Ensika; Kampung Sekitong: Kampung Lubok Manta; Pekan Sebuyau.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles