fbpx

Pemain kiub rubik Britain pecah rekod dunia, selesaikan 6,931 permainan dalam 24 jam

LONDON – Seorang pemain kiub rubik di Britain memecahkan Guinness World Records apabila menyelesaikan 6,931 permainan dalam masa 24 jam, lapor agensi berita United press International (UPI) kelmarin.

George Scholey, 20, me­nyiarkan percubaannya menerusi siaran langsung di sebuah bilik hotel di sini.

Percubaan itu dilakukan bertepatan dengan sambutan hari Guinness World Records Day.

Scholey berjaya menyelesaikan susunan 6,931 kiub rubik dalam masa 24 jam, mengatasi rekod pendahulunya dari Kanada, Eric Limeback dengan 5,800 kiub rubik pada 2013.

Remaja lelaki itu ialah juara bertahan bagi permainan kiub rubik di Britain dan disenaraikan sebagai salah seorang ‘speedcubers’ paling pantas oleh Persatuan Kiub Rubik Dunia.

“Bahagian paling sukar dalam rekod ini adalah untuk mencapai masa 12 jam. Saya berasa agak letih, namun orang lain pula begitu teruja.

“Mereka meraikannya dan berkata, anda berada dalam laluan untuk memecahkan rekod dunia. Namun, waktu ketika itu baru 12 jam berlalu,” kata Scholey. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles