fbpx

Tiga maut nahas di LPT1

MARAN – Tiga maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah selatan di Maran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata mereka yang maut ialah dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

Katanya, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi mangsa, kanak kanak perempuan cedera dan dibawa ke Hospital Jengka, Maran.

“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada 8.10 pagi dan setiba di lokasi kejadian, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan dua daripada mangsa yang maut tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya.

Ismail berkata, jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles