fbpx

Banjir kilat di beberapa lokasi di KL, Selangor

KUALA LUMPUR – Hujan lebat hampir tiga jam bermula 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dan Selangor dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang mengalami banjir kilat adalah di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan (Muzium Telekom), Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak dan Jalan Damansara.

Banjir kilat juga membabitkan beberapa kawasan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang.

Hujan lebat melebihi sejam menjadi punca berlakunya banjir kilat di Kilometer (KM) 25.6 Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (SILK) daripada Putrajaya menghala ke Kajang, Sungai Ramal, di sini, petang tadi.

Air yang berketinggian tiga kaki itu telah menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan.

Menurut laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL), banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Hujan lebat hampir tiga jam petang tadi menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya.

Sementara itu, ribut serta hujan lebat selama hampir satu jam petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga buah kereta di Simpang 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.12 petang tadi.

Katanya pokok setinggi enam meter itu turut menyebabkan laluan trafik terhalang dan mengalami kesesakan di lokasi.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles