fbpx

Rahsia lelaki Belgium miliki koleksi Porsche buatkan kita ‘ternganga’

ANTWERP – Johan-Frank Dirickx memiliki koleksi kira-kira 50 buah kereta Porsche yang disimpannya di dalam sebuah garaj di Antwerp, lapor portal berita newsroom pada Khamis.

Lelaki berketurunan Belgium itu memulakan koleksinya dengan sebuah Porsche berwarna kuning iaitu 911 Carrera RS 2.7 liter.

Dia memberitahu majalah Porsche Christophorus: “Datuk saya memandu kereta sport British tetapi tidak merasakan ia praktikal untuk kegunaan harian. Saat itu mengubah segala-galanya.”

Porsche merupakan kereta sport keluaran Jerman dan syarikat automotif itu diasaskan di Stuttgart, Jerman pada tahun 1930-an.

Datuk lelaki itu mula membeli Porsche berpandukan kepada naluri cucunya.

Dirickx memiliki kira-kira 50 buah Porsche.

Apabila kereta Carrera RS 2.7 berwarna kuning terang menyertai barisan pembelian datuknya, dia mula menyedari telah ketagih secara rasmi terhadap kenderaan Porsche, kata Dirickx.

Sebaik sahaja lulus ujian memandunya, datuknya membenarkan dia memandu sendiri kereta 911 daripada jenama itu dan dia kemudian membeli Porsche pertamanya iaitu 911 T terpakai ketika berusia 18 tahun.

Dia kemudiannya menjual kenderaan itu kerana tidak mampu menampung kos baik pulih.

Pada 1991, pada umur 33 tahun, Johan membeli Porsche 911 serba baharu iaitu 964 RS.

“RS ini sangat penting… bukan kerana saya ingin memiliki kereta yang laju tetapi ia menyingkap kembali kenangan terhadap datuk saya. Ia adalah pengalaman pertama saya terhadap dunia pemotoran,” katanya.

Dirickx telah membina koleksi kereta tersebut sehingga kepada kira-kira 50 buah yang mempunyai warna berbeza, tahun, enjin dan nilai yang berlainan. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles