fbpx

Wanita maut dalam nahas dua kenderaan

KLUANG – Seorang wanita maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kahang Barat, di sini tengah hari tadi.

Mangsa, Norsahida Ramdan, 42, pemandu Perodua Kancil telah bertembung dengan sebuah Proton Wira menyebabkan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kancil dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan Proton Wira berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Kancil yang tersepit pada tempat duduk cedera teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dari Felda Felda Kahang Barat manakala dua wanita dalam Proton Wira iaitu pemandu dan penumpang masing-masing berusia 29 dan 70 tahun juga cedera dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles