fbpx

Gaji Jemaah Menteri dipotong 20 peratus – Anwar

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet hari ini.

“Jemaah Menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.

“Pemotongan ini sehingga ekonomi negara pulih…kalau tiga tahun..tiga tahunlah, itu contoh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar ambil gaji PM tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles