fbpx

Harga ikan naik sehingga RM3 sekilogram

KOTA BHARU – Harga ikan dikesan meningkat antara RM1 hingga RM3 sekilogram sejak dua minggu lalu susulan cuaca tidak menentu dengan hujan sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu menyebabkan bekalan ikan di Kelantan berkurangan kerana nelayan tidak turun ke laut.

BH Online melaporkan, peniaga ikan yang mahu dikenali sebagai Hassan, berkata harga ikan mula meningkat sejak dua minggu lalu.

“Sebagai contoh ikan kembung dan selar saya terpaksa jual dengan harga RM22 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM18 atau RM19 sekilogram.

“Ini kerana saya sendiri sudah membeli dengan harga yang mahal dan disebabkan itu saya juga terpaksa menjual dengan harga yang tinggi.

“Namun setiap kali musim tengkujuh memang harga ikan akan meningkat dan ada juga pembeli yang mengeluh kerana terlalu mahal,” katanya yang menjual ikan di Pasir Mas.

Pemborong ikan, Mohd Adam Ahmad Tarmizi, 35, berkata harga ikan masih tidak stabil namun masih tidak terlalu tinggi.

“Bekalan ikan juga semakin berkurangan sebagai contoh hari ini ikan kembung, ikan tongkol berkurangan berbanding sebelum ini dan ini disebabkan musim monsun sudah tiba.

“Kekurangan bekalan ikan juga agak ketara iaitu 50 peratus berbanding beberapa hari lalu. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, semestinya harga ikan juga tidak menentu.

“Untuk pemborong di Pasar Borong Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), kita mendapat bekalan ikan daripada beberapa negeri termasuk dari Pantai Timur selain daripada Thailand dan diakui harga bekalan ikan dari pelabuhan Pantai Timur menyaksikan peningkatan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles