fbpx

Hujan lebat, terowong SMART ditutup

KUALA LUMPUR – Terowong Lebuh Raya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna, bagi persediaan operasi banjir, susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.

“Mod 3 diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan,” menurut catatan itu.

Status Terowong Lebuh Raya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.

Pengguna juga boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles