fbpx

9 maut, 60 selamat, 25 masih hilang dalam kejadian tanah runtuh

BATANG KALI – Sembilan disahkan maut, manakala 60 berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan polis setakat jam 11 pagi tadi.

Keadaan kawasan tanah runtuh.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar).

Tapak lokasik perkhemahan sebelum kejadian berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan terlibat.

Beliau turut menasihatkan mana-mana menteri yang melawat kawasan tersebut agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

Mangsa menyelamatkan diri awal pagi tadi.

“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang mangsa, Leong Jim Meng, 57, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku kerana sejak beberapa lalu hujan lebat tidak lebat.

Anggota bomba membawa keluar seorang kanak-kanak dari tapak kejadian.

“Ketika kejadian kami sedang tidur. Keadaan terlalu gelap dan kami tak nampak apa yang berlaku.

“Saya dan keluarga terperangkap apabila tanah menutupi khemah kami sebelum merangkak keluar ke kawasan parkir. “Kami menghubungi pihak berkuasa dan mreka 30 minit kemudian.

“Ada lebih 100 mangsa terperangkap dalam tanah runtuh itu, namun kami sekeluarga berjaya menyelamatkan diri,” katanya. 

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles