fbpx

Jangan percaya berita surat tawaran di media sosial – TH

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai, berita tular di media sosial mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

Justeru, bakal Jemaah dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata TH menerima banyak pertanyaan berkenaan berita tular berkenaan.

“Pengumuman akan dilakukan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“TH akan memaklumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpilih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi platform komunikasi rasmi TH kelak.

“Selepas tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Saleh turut memaklumkan, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu bermula 25 November lalu sehingga 17 Februari hadapan.

“Kursus ini adalah sebagai persediaan melengkapkan bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles