fbpx

Keluarga Altantuya menang saman

SHAH ALAM – Keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menang dalam saman kematian wanita itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan empat defendan termasuk kerajaan Malaysia membayar RM5 juta sebagai ganti am dan teladan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak plantif iaitu tiga ahli keluarga Mongolia berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.

“Berdasarkan fakta dan undang-undang, kerajaan selaku defendan keempat merupakan majikan kepada defendan pertama dan kedua, bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang mencabuli undang-undang.

“Mereka telah menjalankan tugas sebagai pegawai polis, telah menggunakan sumber yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan penghakiman dibuat atas liabiliti terhadap keempat-empat defendan,” jelasnya menerusi prosiding yang dijalankan secara aplikasi Zoom.

Vazeer Alam turut berkata, jumlah ganti rugi RM5 juta itu adalah adil dan memadai berbanding RM100 juta yang difailkan plantif.

Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.

Media sebelum ini melaporkan bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Keluarga itu mendakwa, kematian model berkenaan pada 2006 menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles