fbpx

Tanah runtuh: SAR tumpu sektor C, A

BATANG KALI – Operasi hari keempat mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting pada Isnin akan memfokuskan sektor C dan A.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, operasi disambung semula pada jam 8 pagi.

“Kita tumpu kepada tempat yang berkemungkinan besar boleh temui mangsa iaitu sektor C dan A dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 dan jentera pengorek.

“Cabaran hari ini adalah tanah lembut dan lecak akibat hujan semalam,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pegawai keselamatan juga telah ditempatkan untuk sebarang risiko gelinciran tanah.

Dalam pada itu, kesemua 24 mayat mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan itu sudah dituntut waris masing-masing.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, tiga mayat terakhir yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dituntut warisnya, malam tadi.

“Mangsa yang juga pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun diserahkan kepada warisnya kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Insiden runtuhan tanah di tapak perkhemahan itu pada Jumaat lalu itu mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles