fbpx

Makan bayam tercemar, 164 alami halusinasi, sukar bernafas

SYDNEY – Lebih 100 orang di Australia dilaporkan mengalami bingung dan halusinasi serta penglihatan menjadi kabur selepas memakan bayam dicemari tumbuhan misteri.

Pengarah Perubatan Pusat Maklumat Racun New South Wales, Darren Roberts, berkata mereka yang memakan bayam tercemar menggambarkan berasa pening atau tidak boleh berdiri, mempunyai penglihatan kabur dan sukar bernafas secara normal.

Seorang wanita berkata, beliau mengalami kebas seluruh badan selepas memakan tujuh auns (200 gram) hidangan bayam.

Menurut pegawai kesihatan, gejala lain yang dilaporkan termasuk kekeliruan, anak mata membesar, degupan jantung yang cepat, muka kemerahan, mulut dan kulit kering.

Sehingga kelmarin, sejumlah 164 orang melaporkan tindak balas dengan mengalami ‘reaksi toksik’ selepas memakan bayam.

Sekurang-kurangnya 42 mendapatkan rawatan perubatan untuk simptom mereka, menurut kemas kini terbaru oleh Kesihatan NSW.

Setakat ini, pegawai belum mengesahkan di mana bayam itu ditanam dan bagaimana ia tercemar, tetapi berkata ia berkemungkinan berpunca daripada satu sumber tumbuhan yang menyebabkan kejadian berkenaan.

Mereka menghantar sampel tumbuhan tercemar ke makmal untuk diuji, namun masih tiada keputusan dikeluarkan kepada orang ramai. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles