fbpx

Tanah runtuh: Mayat lelaki dewasa ditemui

BATANG KALI – Satu mayat lelaki dewasa ditemui yang juga mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, ditemui pagi tadi.

Mangsa ditemui di sektor B (Farm View) jam 11.16 pagi ini di lokasi sama mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui malam tadi.

Mayat berkenaan sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh jam 11.56 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengumumkan perkara itu di Facebook Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat diteruskan bagi mencari baki tujuh lagi mangsa yang hilang.

Bencana runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi Jumaat lalu itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles