fbpx

Mekanik menangis dipenjara tujuh tahun sebab rogol budak

SHAH ALAM – Seorang mekanik menangis selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirul Abdullah, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah flat di Puchong Permai pada jam 9.30 malam, 29 Julai tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Muhammad Amirul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum dikenakan terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Tertuduh turut menyatakan dirinya perlu menanggung keluarga selepas bapanya meninggal dunia Ogos lalu dan kini menjaga ibu yang uzur, isteri dan dua anak yang masih kecil serta tiga adik yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan perbuatan rogol dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.

“Lagi hina ia dilakukan terhadap mangsa iaitu kanak-kanak perempuan yang masih kecil, naif dan lemah.

“Mahkamah dipohon mengambil kira hasrat kerajaan melindungi kanak-kanak terutama daripada jenayah seksual. Ini hanya dapat dizahirkan mahkamah menerusi hukuman berat dan pemenjaraan yang panjang supaya tertuduh insaf,” katanya.

Tertuduh menjalani hukuman penjara berkenaan dari tarikh ditangkap iaitu 14 Oktober lalu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles