fbpx

Wanita Afghanistan dilarang belajar di universiti

KABUL – Pemerintahan Taliban mengharamkan wanita di Afghanistan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, lapor The Guardian.

Menurut surat yang ditandatangani Menteri Pengajian Tinggi, Neda Mohammad Nadeem, arahan menggantung pendidikan wanita perlu dibuat sehingga diberitahu kelak.

Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat kabinet dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, seorang aktivis kanak-kanak dalam buangan, Profesor Manizha Ramizy berkata, beliau telah menerima mesej panik daripada pelajar-pelajar perempuan.

“Mereka takut dan terkejut kerana mengenangkan masa depan yang tiada harapan,” katanya.

Larangan itu dibuat kurang tiga bulan selepas beribu-ribu wanita Afghanistan menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti di seluruh negara, dengan ramai bercita-cita memilih bidang kejuruteraan dan perubatan sebagai kerjaya masa depan.

Sementara itu, Arab Saudi menggesa pemerintah sementara Afghanistan untuk menarik balik keputusannya melarang wanita melanjutkan pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi, negara itu kesal terhadap keputusan untuk menafikan hak gadis untuk mendapat pendidikan di universiti.

Kerajaan Arab Saudi berkata: “Keputusan tersebut satu kejutan dalam dunia Islam.”

“Melarang wanita daripada mendapatkan pendidikan peringkat tinggi bercanggah dengan memberi wanita hak mereka sepenuhnya, yang paling utama adalah hak mendapatkan pendidikan yang akan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bagi Afghanistan dan rakyatnya. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles