fbpx

16 tentera India maut, trak terjunam dalam gaung

NEW DELHI- Seramai 16 askar terbunuh selepas trak tentera terbabas ketika menuruni cerun gunung yang curam di Timur Laut terpencil India hari ini, kata tentera.

Kemalangan berlaku di negeri Sikkim, kawasan pergunungan berhampiran sempadan China.

“Misi menyelamat dilancarkan serta-merta, dan empat askar yang cedera sudah diselamatkan dan dibawa dengan helikopter.

“Tiga pegawai dan 13 askar maut akibat kecederaan parah dalam kemalangan ini,” kata pegawai Tentera India dalam satu kenyataan.

Sikkim mempunyai beberapa jalan altitud tinggi yang paling berbahaya di India, terutamanya di sepanjang sempadan terpencil Himalaya dengan Tibet.

Kemalangan yang membabitkan kenderaan tentera berhampiran sempadan luas dengan China dan Pakistan menyebabkan ramai askar terkorban setiap tahun.

Pada Ogos lalu, enam anggota tentera terbunuh dalam kemalangan di Kashmir yang ditadbir India apabila kenderaan berperisai yang membawa mereka terjatuh dan terhumban ketika menuruni lereng gunung. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles