fbpx

Hutang negara cecah RM1.2 bilion

HUTANG negara termasuk liabiliti kini mencecah hampir RM1.2 trilion dan melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menterk, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala keadaannya masih malap yang turut terkesan dengan perkembangan antarabangsa global, perang Ukraine-Russia serta pascaCOVID-19.

“Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun.

“Cabaran kita. Masalah-masalahnya ialah, hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trillion. Ini kenyataan, kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah.

“Kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trillion,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles