fbpx

Kerajaan lantik 5 pakar ekonomi, profesional bantu Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan lima individu bagi menganggotai badan penasihat khas yang akan membantunya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata, badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional dan pakar ekonomi diketuai oleh Penasihat PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican.

“Lima tokoh terbabit ialah Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya melalui kenyataan di sini, malam ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles