fbpx

Harga produk Nestle akan terus naik

NESTLE, kumpulan makanan terbesar di dunia akan terus menaikkan harga tahun ini susulan harga bahan lebih mahal, kata Ketua Eksekutif, Mark Schneider hari ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai tahap kenaikan harga itu.

Menurut penganalisis kenaikan harga barang tinggi menyumbang kepada kegagalan syarikat untuk mencapai jangkaan keuntungan bersih setahun.

Pengeluar kopi segera Nescafe dan kepingan coklat KitKat itu menaikkan harga sebanyak 8.2 peratus tahun lalu, namun tidak mengimbangi sepenuhnya kesan kenaikan kos bagi bahan-bahan terhadap margin.

“Margin kasar kami merosot kira-kira 260 mata asas, jumlah itu besar. Ia selepas semua penetapan harga yang kami lakukan pada 2022,” kata Schneider kepada pemberita.

“Kami ada beberapa pasaran, seperti AS (Amerika Syarikat) dan UK (United Kingdom), di mana kami melihat inflasi tinggi berterusan, dan pasaran lain seperti China dan di sini di Eropah… di mana inflasi lebih rendah,” kata Schneider.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles