fbpx

Gempa bumi Turkiye, Syria: PBB rayu bantuan AS$1 bilion

ISTANBUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) untuk menangani krisis kemanusiaan yang semakin meningkat akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Turkiye sudah menggantung operasi menyelamat di beberapa wilayah dan kerajaan yang turut diikuti Syria.

Ramai di zon terjejas menghadapi saat terdesak akibat cuaca sejuk bawah paras beku, tanpa makanan, air dan tandas.

Keadaan teruk itu boleh mengakibatkan penyebaran wabak penyakit.

“Keperluan sangat besar sekarang, orang ramai menderita dan kita tiada masa untuk dibazirkan,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam satu kenyataan, yang turut merayu dana untuk membantu mangsa.

Dalam pada itu, pegawai perubatan berkata, seramai 38,044 orang meninggal dunia di Turki dan 3,688 lagi di Syria susulan gegaran 6 Februari lalu.

Ia menjadikan jumlah yang disahkan maut meningkat kepada 41,732 orang.

Gempa itu berlaku di salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia dan melanda kawasan berpenduduk padat.

Ketika kejadian ramai penduduk tidur di rumah yang dibina bukan untuk menahan gegaran sebegitu kuat.

Sebelas hari selepas gempa bumi, penyelamat Turkiye berjaya mengeluarkan seorang gadis berusia 17 tahun dan seorang wanita berusia 20-an dari runtuhan.

“Mangsa dalam keadaan sihat. Dia membuka dan menutup matanya,” kata pelombong arang batu, Ali Akdogan, yang mengambil bahagian untuk menyelamatkan Aleyna Olmez di Kahramanmaras, sebuah bandar berhampiran pusat gempa.

Namun, di sebalik kisah ajaib penyelamatan, terdapat banyak cerita mengenai harapan yang musnah untuk menyelamatkan orang tersayang yang mati perlahan-lahan dalam runtuhan kerana bantuan lambat sampai.

Hasan Irmak melihat lima ahli keluarga – termasuk anak perempuannya Belinda yang berusia enam tahun, tertanam di bawah rumahnya yang runtuh di bandar sempadan Syria, Samandag.

“Dia masih hidup selama dua hari. Saya bercakap dengannya dalam runtuhan. Kemudian dia kehilangan semua tenaganya. Pada hari ketiga, dia mati. Bantuan tiba pada hari keempat,” kata lelaki berusia 57 tahun itu mengenai anak perempuannya.

Ketika ini, harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles