fbpx

Pulau Tioman pulau pertama dilengkapi liputan 4G

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal menikmati kemudahan internet menyeluruh sekali gus menjadi pulau pertama mempunyai liputan 4G pada akhir suku pertama tahun 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sembilan menara komunikasi perkhidmatan mudah alih di pulau itu dinaik taraf melalui perkongsian rangkaian membabitkan Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile yang tersedia di semua kampung kecuali Kampung Sarang Burung yang akan siap pada Mac 2023.

“Ia dilaporkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu sesi taklimat di Pulau Tioman pada 19 Februari 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sesi taklimat tersebut telah disampaikan Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd Yunus.

“Pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) seliaan MCMC menjadi pencetus kepada usaha penyediaan rangkaian gentian optik di seluruh kampung di Pulau Tioman

“Projek berkenaan membangunkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek sejauh 75.2 kilometer (km) telah siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dengan kos pemasangan bernilai RM37.1 juta.

“Dengan adanya rangkaian gentian optik dasar laut itu membolehkan semua kampung di Pulau Tioman menikmati kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi,” jelasnya.

Pada masa sama, Fahmi berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa projek gentian optik Kampung Mukut sejauh 8.5km yang menghubungkan rangkaian gentian optik dari Japamala ke Kampung Mukut melalui Kampung Nipah dan Kampung Sarang Burung dengan kos pelaburan sebanyak RM2.2 juta telah dilaksanakan Telekom Malaysia (TM).

“Projek terbabit yang bermula pada bulan September 2022 telah siap pada bulan Disember 2022 dan kini menjadi pelengkap kepada semua kampung di Pulau Tioman tersedia dengan rangkaian gentian optik.

“Dengan kesedaran serta permintaan semakin meningkat, kadar penggunaan gentian optik pada masa ini di tahap 61 peratus penduduk dengan anggaran 466 premis di Pulau Tioman,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles