fbpx

Perolehan MySejahtera RM160 juta

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menetapkan kos maksimum perolehan aplikasi MySejahtera adalah RM160 juta, kata Lukanisman Awang Sauni,

Timbalan Menteri Kesihatan itu, berkata kontrak bagi perolehan pengurusan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus adalah untuk tempoh dua tahun bermula 1 April 2021 hingga 31 Mac 2023 manakala semua modul di bawah aplikasi itu adalah milik kerajaan.

“Hak milik aplikasi dan data MySejahtera meliputi hak harta intelek, kod sumber bagi modul yang dibangunkan serta data, Jenama dan logo MySejahtera adalah milik kerajaan.

“Kerajaan mempunyai hak penuh ke atas penggunaan platform MySejahtera melalui Lesen Platform Kekal tanpa sebarang kos walaupun kontrak tidak dilanjutkan atau sekiranya kerajaan membuat keputusan melantik pihak lain untuk menguruskan aplikasi berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, ia adalah antara hasil rundingan dengan syarikat penyedia aplikasi itu, MySJ Sdn Bhd yang mana hasil rundingan terbabit akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu kerajaan menyatakan hala tuju aplikasi MySejahtera serta rundingan berhubung perolehan aplikasi terbabit daripada syarikat penyedianya, MySJ Sdn Bhd.

Lukanisman berkata selain itu, keajaan boleh meneruskan pembinaan modul tambahan dengan menggunakan lesen terbabit bagi sebarang keperluan daripada segi pendigitalan kesihatan awam tanpa sebarang sekatan.

Bagi kegunaan masa depan, beliau berkata kementerian mahu menjadikan MySejahtera sebagai satu aplikasi ‘super’ dalam pengurusan kesihatan awam yang berupaya membantu menentukan hala tuju sektor berkenaan.

Katanya, aplikasi itu mampu dijadikan platform data raya yang memiliki semua maklumat berkaitan khusus dalam menentukan perolehan peruntukan, perkhidmatan kesihatan terbaik serta memudahkan rakyat.

“Saya ingin menambah mengenai hala tuju MySejahtera, kerajaan sasar akan mengangkat aplikasi ini sebagai ‘digital public health super apps’ di mana kita ingin menjadikan aplikasi ini sebagai data raya di hujung jari,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles