fbpx

OPR naik, peminjam boleh mohon struktur semula pinjaman

PEMINJAM yang menghadapi kesulitan berikutan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh memohon program penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peminjam terkesan boleh memohon daripada bank masing-masing melalui pengurangan ansuran bulanan dan pelanjutan tempoh bayaran balik.

“Antara usaha kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu peminjam yang terkesan dan menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman lanjutan peningkatan OPR adalah dengan menawarkan program penstrukturan semula bayaran balik pinjaman,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang terbeban dengan kenaikan OPR.

Pada masa sama, Anwar berkata, peminjam juga boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) seperti Program Pengurusan Kredit dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS).

“Bagi peminjam individu, Program Pengurusan Kredit boleh membantu peminjam untuk menstrukturkan semula pinjaman sedia ada dan membolehkan peminjam untuk terus membayar balik pinjaman,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman), Anwar berkata, Kementerian Kewangan tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan dasar monetari.

Beliau berkata, ia seperti yang termaktub dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang memperuntukkan tanggungjawab membabitkan dasar monetari kepada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan BNM.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles