fbpx

Pemandu lori maut dibelasah angkara dendam, cemburu

SERDANG – Seorang pemandu lori maut dipukul dipercayai angkara dendam dan cemburu di sebuah pangsapuri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati pengadu yang merupakan adik mangsa menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 7.15 pagi memaklumkan abangnya didatangi sekumpulan individu di lokasi kejadian.

“Teman wanita abangnya itu memaklumkan mangsa dipukul oleh individu terbabit sebelum dibawa keluar dari apartmen berkenaan.

“Rakan pengadu menerima panggilan daripada seorang individu dipercayai suspek memaklumkan mangsa berada di Unit Kecemasan Hospital Cyberjaya kira-kira jam 11.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, adik mangsa bergegas ke Hospital Cyberjaya dan dimaklumkan abangnya yang berusia 31 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa mendapati kedua belah mata bengkak dan lebam selain mengalami luka pada hidung serta pendarahan di kedua-dua belah telinga.

“Siasatan turut mendapati motif pembunuhan berpunca perasaan dendam dan cemburu terhadap mangsa,” katanya.

Ujar Anbalagan, pihaknya telah mengenal pasti lima individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

“Siasatan lanjut dan usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles