fbpx

Gaji saya tak sampai RM80,000 sebulan – Faisal Halim

KUALA LUMPUR: Pemain kebangsaan, Faisal Halim menafikan dia menerima gaji RM80,000 sebulan seperti yang didakwa sebuah laman Facebook, Harimau Selatan X.

Menerusi hantaran terbabit, Harimau Selatan X membandingkan gaji pemain Faisal yang juga pemain Selangor FC (SFC) itu dengan gaji pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Hantaran itu mendakwa Faisal menerima gaji sebanyak RM80,000 jauh lebih tinggi berbanding Arif Aiman yang hanya menerima RM25,000.

Namun, kebenaran terserlah apabila Faisal sendiri tampil di ruangan komen untuk menafikan dakwaan yang dilemparkan itu.

“Pandai pandai je hahahahahah 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah,” kata Faisal di ruangan komen laman Harimau Selatan X itu.

Penjelasan Faisal jelas mengundang pelbagai komen daripada pelayar Internet dengan kebanyakan mengharapkan pentadbir laman itu dapat ‘muncul’ pada komen terbabit.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak ‘suara sumbang’ yang mendakwa kejayaan Harimau Selatan mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.

Katanya, gaji pemain JDT boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga M termasuk ada yang berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.

Malah, beliau mendedahkan ada tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang JDT iaitu Arif Aiman Hanapi hanya menerima gaji RM25,000 sebulan. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles