20 DIS: Kementerian Kerja Raya menyasarkan 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi pembayaran tol pada akhir 2022.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG juga akan diberhentikan pada penghujung 2023.
“Kita memahami kebimbangan yang disuarakan semua pengguna lebuh raya dan ingin dijelaskan bahawa buat masa ini, lorong kad Touch ‘n Go serta SmartTAG tetap beroperasi di semua lebuh raya dan ia hanya akan diberhentikan secara berperingkat, mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook mengenai perancangan kementerian itu berhubung penggunaan RFID.